MAKLUMAN SEMASA


Selamat Datang ke blog rasmi PKG Serkam. Sebarang cadangan/ saranan/ masalah bolehlah rujuk terus kepada kami.Kami cuba untuk mencari penyelesaian bersama.

PERHATIAN kepada semua sekolah ahli PKG Serkam, Pautan Web VLE Frog bagi mengakses aplikasi FROG telah disediakan di Bahagian Pautan WEB VLE Frog. Harap Maklum.

Kepada semua pengguna Facebook, kini anda boleh berinteraksi terus bersama sekolah melalui FB PKG Serkam. Cari `PKG Serkam`. Bersama membudayakan ICT dalam kehidupan.

Kepada sekolah yang memerlukan maklumat lanjut mengenai SPS dan masalah yang berkaitan, boleh rujuk di bahgaian muat turun blog PKG SERKAM. Harap maklum.

Perhatian kepada semua sekolah ahli PKG Serkam yang berminat untuk mewar-warkan atau mempromosikan sekolah ataupun kejayaan sekolah untuk dikongsikan bersama, bolehlah menghubungi PKG Serkam atau terus mengemailkan bahan atau hebahan anda di pkg.serkam@gmail.com

Program FT Rintis telah ditamatkan kontrak bermula bulan September 2016. Mohon semua sekolah bersiap sedia dengan ketiadaan Juruteknik Komputer di sekolah.Harap Maklum!

Makluman Semua. Sekiranya ada dikalangan sekolah ahli PKG Serkam yang ingin membuat peringatan, pemberitahuan atau ingin menyampaikan maklumat untuk makluman semua sila berhubung PKG Serkam. -Sekian.

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU DI SEKOLAH AHLI PKG SERKAM, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

JIKA ANDA MENGHADAPI MASALAH BERKAITAN EMAIL / ICT SILA & MEMERLUKAN KHIDMAT BANTU DARI KAMI DI PKG SERKAM, SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN PKG SERKAM. SEGAN BERTANYA, TIADA MANFAATNYA.

Sunday, September 11, 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

       Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

       Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
      Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
       Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
       Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
       Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]
       Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
       Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
       Kami warga PKG Serkam Selamat Menyambut Hari Raya Korban kepada semua umat islam di seluruh Negara.

No comments:

Post a Comment