MAKLUMAN SEMASA


Selamat Datang ke blog rasmi PKG Serkam. Sebarang cadangan/ saranan/ masalah bolehlah rujuk terus kepada kami.Kami cuba untuk mencari penyelesaian bersama.

PERHATIAN kepada semua sekolah ahli PKG Serkam, Pautan Web VLE Frog bagi mengakses aplikasi FROG telah disediakan di Bahagian Pautan WEB VLE Frog. Harap Maklum.

Kepada semua pengguna Facebook, kini anda boleh berinteraksi terus bersama sekolah melalui FB PKG Serkam. Cari `PKG Serkam`. Bersama membudayakan ICT dalam kehidupan.

Kepada sekolah yang memerlukan maklumat lanjut mengenai SPS dan masalah yang berkaitan, boleh rujuk di bahgaian muat turun blog PKG SERKAM. Harap maklum.

Perhatian kepada semua sekolah ahli PKG Serkam yang berminat untuk mewar-warkan atau mempromosikan sekolah ataupun kejayaan sekolah untuk dikongsikan bersama, bolehlah menghubungi PKG Serkam atau terus mengemailkan bahan atau hebahan anda di pkg.serkam@gmail.com

Program FT Rintis telah ditamatkan kontrak bermula bulan September 2016. Mohon semua sekolah bersiap sedia dengan ketiadaan Juruteknik Komputer di sekolah.Harap Maklum!

Makluman Semua. Sekiranya ada dikalangan sekolah ahli PKG Serkam yang ingin membuat peringatan, pemberitahuan atau ingin menyampaikan maklumat untuk makluman semua sila berhubung PKG Serkam. -Sekian.

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU DI SEKOLAH AHLI PKG SERKAM, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

JIKA ANDA MENGHADAPI MASALAH BERKAITAN EMAIL / ICT SILA & MEMERLUKAN KHIDMAT BANTU DARI KAMI DI PKG SERKAM, SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN PKG SERKAM. SEGAN BERTANYA, TIADA MANFAATNYA.

Monday, September 19, 2011

KHIDMAT BANTU DI SK SEMPANG

 
  
 


PKG Serkam telah mengadakan khidmat bantu di Sekolah Kebangsaan Sempang. Pada tarikh 25-26.5.2011 kerja-kerja ini telah melibatkan kesemua juruteknik sekolah ahli PKG Serkam seramai 5 orang. Khidmat bantu ini menjurus kepada sambungan sementara kabel UTP untuk menggatikan kabel fiber optik yang telah rosak pada penyambungan antara penel dan kabel fiber optik. Selain daripada itu kerja-kerja konfigurasi router wayeless jaga telah dilakukan. kerja-kerja pendawaian semula telah dilakukan di pejabat sekolah tersebut.

BENGKEL PENJILIDAN BAHAN BUKU




Pusat Kegiatan Guru Serkam telah menganjurkan Bengkel Pemjilidan Bahan Buku. Bengkel ini telah telah dikendalikan oleh pihak PKG Serkam. penceramah yang telah dijemput adalah Tn Hj Khalid Takim daripada unit PSP di BTPN Melaka. seramai 13 orang guru GPM daripada sekolah ahli PKG Serkam telah hadir bagi menjayakan bengkel ini. objektif bengkel adalah untuk menambah penambah pengetahuan guru GPM dalam proses bahan buku.

PERASMIAN NILAM DI SK TEDONG


Pada 9.5.2011 yang lalu telah berlaku perasmian program NILAM di Sekolah Kebangsaan Tedong yang dirasmikan oleh Ketua PKG Serkam yang baru iaitu En Rosidi Umar. En Rosidi Umar yang sebelum ini telah bertugas selama 9 tahun di PKG Padang Temu telah menggantikan En Zaidi Jaffar yang telah berpindah ke PKG Kampung Gelam. Pada majlis ini juga telah disampaikan juga johan pembaca terbanyak tahap satu dan tahap dua.