VISI
Wujudnya budaya penggunaan media dan
teknologi pendidikan di setiap sekolah
MISI
Membina dan mengekalkan budaya penggunaan
media dan teknologi pendidikan secara kreatif di
kalangan guru dan pelajar di setiap sekolah bagi
mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran selaras dengan falsafah
pendidikan kebangsaan.
KONSEPdan pembelajaran selaras dengan falsafah
pendidikan kebangsaan.
PKG adalah pemangkin untuk merangsang pembangunan
professional guru-guru khususnya bagi meningkatkan
pengetahuan dan pembelajaran serta penggunaan dan
pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Ia selaras dengan
matlamat pendidikan bestari dan Falsafah Pendidikan Negara.
PKG juga dijadikan pusat perkembangan professional untuk
guru-guru dan masyarakat setempat.
MATLAMAT
Selaras dengan konsep penubuhannya, matlamat PKG adalah
untuk meningkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah melalui
peningkatan taraf profesionalisme guru-guru berdasarkan kepada
penghayatan Falsafah Pendidikan Negara.
OBJEKTIF
- Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen
- Mengumpul dan menyebar maklumat profesional pendidikan khususnya dalam teknopen ke sekolah-sekolah.
- Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah.
- Membantu dalam menghasil bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah.
- Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat.
- Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti profesional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat.
PRASARANA
- Bilik Pegawai Teknologi Pendidikan
- Kaunter Pembantu Tadbir
- Meja Bantuan Juruteknik
- Perpustakaan
- Bilik Mesyuarat
- Bilik Ceramah
- Bilik Stor
PERANAN
- Pusat Kegiatan Ikhtisas dan Kurikulum
- Pusat Sumber
- Pusat Kegiatan Sosial
- Agen Perubahan
PERKHIDMATAN
- Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah
- Rakam salin
- Dokumentasi
- Pinjaman Alatan Siaraya
- Rujukan dan Pinjaman buku
- Pinjaman bahan P&P
- Mengendalikan dan mengelolakan bengkel
- Penerangan dan Khidmat Nasihat
- Jaringan Internet