MAKLUMAN SEMASA


Selamat Datang ke blog rasmi PKG Serkam. Sebarang cadangan/ saranan/ masalah bolehlah rujuk terus kepada kami.Kami cuba untuk mencari penyelesaian bersama.

PERHATIAN kepada semua sekolah ahli PKG Serkam, Pautan Web VLE Frog bagi mengakses aplikasi FROG telah disediakan di Bahagian Pautan WEB VLE Frog. Harap Maklum.

Kepada semua pengguna Facebook, kini anda boleh berinteraksi terus bersama sekolah melalui FB PKG Serkam. Cari `PKG Serkam`. Bersama membudayakan ICT dalam kehidupan.

Kepada sekolah yang memerlukan maklumat lanjut mengenai SPS dan masalah yang berkaitan, boleh rujuk di bahgaian muat turun blog PKG SERKAM. Harap maklum.

Perhatian kepada semua sekolah ahli PKG Serkam yang berminat untuk mewar-warkan atau mempromosikan sekolah ataupun kejayaan sekolah untuk dikongsikan bersama, bolehlah menghubungi PKG Serkam atau terus mengemailkan bahan atau hebahan anda di pkg.serkam@gmail.com

Program FT Rintis telah ditamatkan kontrak bermula bulan September 2016. Mohon semua sekolah bersiap sedia dengan ketiadaan Juruteknik Komputer di sekolah.Harap Maklum!

Makluman Semua. Sekiranya ada dikalangan sekolah ahli PKG Serkam yang ingin membuat peringatan, pemberitahuan atau ingin menyampaikan maklumat untuk makluman semua sila berhubung PKG Serkam. -Sekian.

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU DI SEKOLAH AHLI PKG SERKAM, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

JIKA ANDA MENGHADAPI MASALAH BERKAITAN EMAIL / ICT SILA & MEMERLUKAN KHIDMAT BANTU DARI KAMI DI PKG SERKAM, SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN PKG SERKAM. SEGAN BERTANYA, TIADA MANFAATNYA.

Monday, September 19, 2011

KHIDMAT BANTU DI SK SEMPANG

 
  
 


PKG Serkam telah mengadakan khidmat bantu di Sekolah Kebangsaan Sempang. Pada tarikh 25-26.5.2011 kerja-kerja ini telah melibatkan kesemua juruteknik sekolah ahli PKG Serkam seramai 5 orang. Khidmat bantu ini menjurus kepada sambungan sementara kabel UTP untuk menggatikan kabel fiber optik yang telah rosak pada penyambungan antara penel dan kabel fiber optik. Selain daripada itu kerja-kerja konfigurasi router wayeless jaga telah dilakukan. kerja-kerja pendawaian semula telah dilakukan di pejabat sekolah tersebut.

BENGKEL PENJILIDAN BAHAN BUKU




Pusat Kegiatan Guru Serkam telah menganjurkan Bengkel Pemjilidan Bahan Buku. Bengkel ini telah telah dikendalikan oleh pihak PKG Serkam. penceramah yang telah dijemput adalah Tn Hj Khalid Takim daripada unit PSP di BTPN Melaka. seramai 13 orang guru GPM daripada sekolah ahli PKG Serkam telah hadir bagi menjayakan bengkel ini. objektif bengkel adalah untuk menambah penambah pengetahuan guru GPM dalam proses bahan buku.

PERASMIAN NILAM DI SK TEDONG


Pada 9.5.2011 yang lalu telah berlaku perasmian program NILAM di Sekolah Kebangsaan Tedong yang dirasmikan oleh Ketua PKG Serkam yang baru iaitu En Rosidi Umar. En Rosidi Umar yang sebelum ini telah bertugas selama 9 tahun di PKG Padang Temu telah menggantikan En Zaidi Jaffar yang telah berpindah ke PKG Kampung Gelam. Pada majlis ini juga telah disampaikan juga johan pembaca terbanyak tahap satu dan tahap dua.

Friday, March 18, 2011

KHIDMAT BANTU DI SK BUKIT TEMBAKAU

 
Pada 14 dan 15.3.2011 PKG Serkam telah menganjurkan satu khidmat bantu bersama-sama dengan juruteknik komputer sekolah ahli PKG Serkam seramai 4 orang. fokus utama khidmat bantu ini adalah membaik pulih komputer-komputer yang berada dimakmal. Sebanyak 8 daripada 12 komputer telah gagal beroperasi dengan baik. selain daripada itu pihak sekolah juga ingin membuat penambahan wayerless di sekolah tersebut . Pada akhir khidmat bantu ini kelapan-lapan komputer tersebut dapat diperbaiki dan wayerless baru juga dapat berfungisi dengan baik.

Friday, March 11, 2011

NILAM

KAJIAN KEBERKESANAN PENGURUSAN PROGRAM NILAM MELALUI SISTEM i-NILAM DALAM KALANGAN GURU PERPUSTAKAAN
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang membuat satu kajian menyeluruh untuk mendapatkan maklum balas terhadap keberkesanan pengurusan program ini melalui penggunaan sistem i-NILAM.
Maklum balas daripada GPM / Guru Penyelaras NILAM di sekolah amat penting dalam membantu usaha untuk menambah baik pengurusan program ini.
Sila klik di sini untuk menjawab.

TALIAN BANTUAN TM

TALIAN HELPDESK TM
1800 22 7722
Mulai 7 Mac 2011, talian bantuan SchoolBroadband TM adalah 1800-22-7722 .
Talian 1060 akan ditamatkan mulai 15 Mac 2011.

SSQS

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka
BENGKEL PENGHURAIAN STRATEGIK SSQS 2011 NEGERI MELAKA


KOHOT 1 = 21 MAC 2011
KOHOT 2 = 22 MAC 2011
KOHOT 3 = 23 MAC 2011
KOHOT 4 = 24 MAC 2011

Muat turun dan cetak Instrumen KPI SSQS v.2011 mulai 16 Mac 2011

Monday, March 7, 2011

NILAM

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka
KAJIAN KEBERKESANAN PENGURUSAN PROGRAM NILAM MELALUI SISTEM i-NILAM DALAM KALANGAN GURU PERPUSTAKAAN
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang membuat satu kajian menyeluruh untuk mendapatkan maklum balas terhadap keberkesanan pengurusan program ini melalui penggunaan sistem i-NILAM.
Maklum balas daripada GPM / Guru Penyelaras NILAM di sekolah amat penting dalam membantu usaha untuk menambah baik pengurusan program ini.
Sila klik di sini untuk menjawab.

Friday, March 4, 2011

MESYUARAT PENGURUSAN GPM

PKG Serkam telah menganjurkan Mesyuarat Pengurusan GPM. seramai 13 orang GPM sekolah ahli PKG Serkam telah hadir pada mesyuarat pada kali ini. Pegawai BTPN En Khalib Takim telah hadir selaku wakil Ketua Penolong Pengarah BTPN Melaka. Antara perkara yang telah dibincangkan adalah ;

-UCAPAN PENGERUSI
-UCAPAN KPP BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN MELAKA
-PELANTIKAN JAWATAN KUASA TAHUN 2011-2012
-LAPORAN AKTIVITI PSS 2011
-PERANCANGAN AKTIVITI PSS 2011
-PROGRAM INOVASI PERINGKAT PKG (14) SERKAM
-PENGURUSAN NILAM
-HAL-HAL LAIN





Tuesday, March 1, 2011

ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR DAN JAMUAN RAKYAT

Pada 28.2.2011 bertempat di SMK Dang Anum satu majlis ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR DAN JAMUAN RAKYAT yang di rasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yasin meteri Pelajaran Malaysia. Turut hadir bersama YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam. Tujuan Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk menganugerahkan sijil kecemerlangan kepada para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR 2010. Seramai 29 pelajar dari SMK Dang Anum telah menerima anugerah tersebut.








Friday, February 25, 2011

KASPERSKY UP DATE

kaspersky up date boleh dilakukan melalui laman web http://kaspersky.schoolnetwork.com.my/en/home.
Userneme: user 1
Password: abc123
Tempoh kaspersky ini adalah selama setahun dan sekiranya pihak tuan menghadapi masalah untuk muat turun pada web diatas boleh muat turun pada web http://www.mediafire.com/?1736t8rlo5zt902

Monday, February 14, 2011

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS DAN PERASMIAN KIOSK

Pada 10.2.2011 di SMK Dang Anum satu majlis Pelantikan Pengawas dan Perasmian KIOSK yang telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka YB Dato Seri Ali Bin Rustam. Turut hadir bersama adalah Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka Dr Mohamad Nor Bin Mohamad Taib, Ketua Penolong Pengarah BTPN Melaka Tn Hj Mohd Nor Bin Abu dan pihak pentadbiran sekolah. 



KHIDMAT BANTU DI SMK DANG ANUM

Pada 8-10.2.2011 satu khidmat bantu ICT telah dijalan kan di SMK DANG ANUM tujuan utama khidmat bantu ini adalah membuat pusat ilmu ICT (KIOSK). Antara juruteknik yang terlibat adalah juruteknik komputer sekolah ahli PKG Serkam iaitu seramai 5 orang. Selain mengwujudkan pusat KIOSK talian internet juga diperlukan di bilik guru penolang kanan mata perlajaran dan juga bilik kaunsiling. Kerja-kerja ini telah mengambil masa selama 3 hari dan jarak diantara blok adalah diantara 20 meter. Disini juga pihak PKG Serkam ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua Penolong Pengarah BTPN Melaka kerana sudi hadir pada khidmat bantu di SMK Dang Anum. Kehadiran KPP BTPN Melaka telah memberi suntikan semangat kepada semua juruteknik komputer.








Monday, February 7, 2011

KHIDMAT BANTU DI SK PULAI

PKG Serkam telah menjalankan satu program khidmat bantu ICT di Sk Pulai. Objektif khidmat bantu ini adalah untuk mendapatkan talian internet di pejabat. Hal ini berikutan daripada sambungan faiberoptik yang terputus. Talian internet yang baru dibuat daripada sever sekolah yang berada di makmal komputer sekolah ke pejabat. Pihak sekolah juga meminta talian internet juga di sambungkan ke Bilik PRA sekolah dan juga bilik SAL. Khidmat bantu ini telah dijayakan dengan bantuan juruteknik komputer sekolah ahli PKG Serkam seramai 4 orang. walaupun keadaan cuaca pada ketika itu tidak mengizinkan namun kerja-kerja peyambungan talian internet tetap dijalakan untuk memenuhi permintaan daripada pihak sekolah.






Thursday, January 20, 2011

KHIDMAT BANTU DI SJKC MERLIMAU

Pada 13 dan 14.12.2010 PKG Serkam telah mengadakan khidmat bantu di SJKC Merlimau. Merlibatkan semua juruteknik komputer sekolah ahli PKG Serkam. Khidmat bantu ini telah dijalankan selama 2 hari. pihak sekolah telah mengalami masalah terputus talian internet skibat daripada perpindahan pejabat lama ke bangunan baru yang telah siap. Kerja-kerja pemasangan ini bermula dengan mengukur kabel CAT 5E yang telah disidiakan oleh pihak sekolah. kesemua kabel telah dimasukan dalam konduit bagi kelihatan kemas. selain daripada itu pihak sekolah juga telah meminta penambahan beberapa lagi port internet di PSS, Bilik Tayang, Bilik Guru, Bilik Penolong Kanan dan juga pejabat.