MAKLUMAN SEMASA


Selamat Datang ke blog rasmi PKG Serkam. Sebarang cadangan/ saranan/ masalah bolehlah rujuk terus kepada kami.Kami cuba untuk mencari penyelesaian bersama.

PERHATIAN kepada semua sekolah ahli PKG Serkam, Pautan Web VLE Frog bagi mengakses aplikasi FROG telah disediakan di Bahagian Pautan WEB VLE Frog. Harap Maklum.

Kepada semua pengguna Facebook, kini anda boleh berinteraksi terus bersama sekolah melalui FB PKG Serkam. Cari `PKG Serkam`. Bersama membudayakan ICT dalam kehidupan.

Kepada sekolah yang memerlukan maklumat lanjut mengenai SPS dan masalah yang berkaitan, boleh rujuk di bahgaian muat turun blog PKG SERKAM. Harap maklum.

Perhatian kepada semua sekolah ahli PKG Serkam yang berminat untuk mewar-warkan atau mempromosikan sekolah ataupun kejayaan sekolah untuk dikongsikan bersama, bolehlah menghubungi PKG Serkam atau terus mengemailkan bahan atau hebahan anda di pkg.serkam@gmail.com

Program FT Rintis telah ditamatkan kontrak bermula bulan September 2016. Mohon semua sekolah bersiap sedia dengan ketiadaan Juruteknik Komputer di sekolah.Harap Maklum!

Makluman Semua. Sekiranya ada dikalangan sekolah ahli PKG Serkam yang ingin membuat peringatan, pemberitahuan atau ingin menyampaikan maklumat untuk makluman semua sila berhubung PKG Serkam. -Sekian.

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU DI SEKOLAH AHLI PKG SERKAM, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

JIKA ANDA MENGHADAPI MASALAH BERKAITAN EMAIL / ICT SILA & MEMERLUKAN KHIDMAT BANTU DARI KAMI DI PKG SERKAM, SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN PKG SERKAM. SEGAN BERTANYA, TIADA MANFAATNYA.

Friday, September 30, 2016

Friday, September 23, 2016

Wednesday, September 21, 2016

Wednesday, September 14, 2016

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA

     
       Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Sunday, September 11, 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

       Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Friday, September 9, 2016

Monday, September 5, 2016

LANTIKAN SYARIKAT DI BAWAH PERUNTUKKAN MBMMBI TAHUN 2016

LANTIKAN SYARIKAT PERDANA MARKETWAYS SDN BHD SEBAGAI PEMBEKAL BBT KE PUSAT SUMBER SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI MELAKA DI BAWAH PERUNTUKKAN MBMMBI TAHUN 2016


      Adalah dimaklumkan bahawa Syarikat 'Perdana Marketways Sdn.Bhd' beralamat 44 Susur Larkin Perdana 2, 80350 Larkin Perdana Johor Bharu telah dilantik untuk membekal Bahan Bacaan Tambahan ke Pusat Sumber Sekolah-Sekolah Negeri Melaka Di Bawah Peruntukan MBMMBI Tahun 2016.

     Pihak Sekolah dipohon memberikan Kerjasama sepanjang proses perbekalan bahan dilaksanakan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En Ahmad Nizam Bin Mohamed di talian 06-232 4478 samb.254 atau 017-6753112.

Sekian, terima kasih

“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
"BEKERJA DARIPADA HATI DENGAN PENUH INTEGRITI"

surat dan senarai sekolah terlibat --> disini

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN



      Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun 2016 turut sama menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa masih dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk tahun 2016 Dalam satu kenyataan media, Kabinet telah bersetuju untuk mengekalkan tema sambutan Hari Kebangsaan seperti tahun lalu ‘Sehati, Sejiwa’ kerana perlunya memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia Sementara,
      Logo dan Lagu Sambutan juga masih dikekalkan bagi tahun 2016 selain turut dikekalkan adalah penggunaan nama ‘Hari Kebangsaan’ sebagai panggilan rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan Dalam pada itu, antara program yang akan mewarnai bulan kebangsaan dan Hari Malaysia mulai Julai sehingga Oktober nanti termasuk program MERDEKA@komuniti, pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, Doa Untuk Malaysia, Kayuhan Sehati Sejiwa, Karnival Merdeka, Amanat Hari Kebangsaan, Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2016 dan Sambutan Hari Malaysia 2016.

Friday, September 2, 2016