MAKLUMAN SEMASA


Selamat Datang ke blog rasmi PKG Serkam. Sebarang cadangan/ saranan/ masalah bolehlah rujuk terus kepada kami.Kami cuba untuk mencari penyelesaian bersama.

PERHATIAN kepada semua sekolah ahli PKG Serkam, Pautan Web VLE Frog bagi mengakses aplikasi FROG telah disediakan di Bahagian Pautan WEB VLE Frog. Harap Maklum.

Kepada semua pengguna Facebook, kini anda boleh berinteraksi terus bersama sekolah melalui FB PKG Serkam. Cari `PKG Serkam`. Bersama membudayakan ICT dalam kehidupan.

Kepada sekolah yang memerlukan maklumat lanjut mengenai SPS dan masalah yang berkaitan, boleh rujuk di bahgaian muat turun blog PKG SERKAM. Harap maklum.

Perhatian kepada semua sekolah ahli PKG Serkam yang berminat untuk mewar-warkan atau mempromosikan sekolah ataupun kejayaan sekolah untuk dikongsikan bersama, bolehlah menghubungi PKG Serkam atau terus mengemailkan bahan atau hebahan anda di pkg.serkam@gmail.com

Program FT Rintis telah ditamatkan kontrak bermula bulan September 2016. Mohon semua sekolah bersiap sedia dengan ketiadaan Juruteknik Komputer di sekolah.Harap Maklum!

Makluman Semua. Sekiranya ada dikalangan sekolah ahli PKG Serkam yang ingin membuat peringatan, pemberitahuan atau ingin menyampaikan maklumat untuk makluman semua sila berhubung PKG Serkam. -Sekian.

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU DI SEKOLAH AHLI PKG SERKAM, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

JIKA ANDA MENGHADAPI MASALAH BERKAITAN EMAIL / ICT SILA & MEMERLUKAN KHIDMAT BANTU DARI KAMI DI PKG SERKAM, SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN PKG SERKAM. SEGAN BERTANYA, TIADA MANFAATNYA.

Thursday, August 29, 2013

TAKLIMAT LATIHAN PENGGUNAAN FROG VLE

Pada 26-29 Ogos 2013 yang lalu, Jabatan Pelajaran Negeri Melaka telah menganjurkan Taklimat Latihan Penggunaan Frog VLE fasa 3 di bawah projek 1BestariNet yang diadakan di PKG Serkam. Taklimat tersebut bertujuan memberikan pendedahan lanjut kepada  sekolah, guru dan murid tentang Penggunaan VLE. Taklimat tersebut telah disertai oleh 8 orang guru dari seluruh Negeri Melaka.  Taklimat tersebut juga telah di sampaikan oleh Ketua PKG Serkam, En Rosidi B Umar manakala perasmi penutup telah disempurnakan oleh En Sulaiman Bin Abdul Rahim, pegawai teknologi, BTPN Melaka.

 
 
 

Diharapkan dengan berakhirnya taklimat ini, peserta yang terdiri dari guru-guru sekolah sekitar negeri melaka ini akan dapat memberikan impak yang positif kepada sekolah mahupun meningkatkan kemahiran ICT dalam bidang pendidikan.

Monday, July 29, 2013

LAILATUL QADAR


 
'Lailatul Qadar (Bahasa Arab: لیلة القدر‎) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Ayat al-Qur'an diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qur'an dalam surah Al-Qadr, dan ia lebih baik daripada seribu bulan.
Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan, iaitu pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29, ini adalah pandanagn jumhur ulama' dan umat Islam. Malah ada sebahagian kecil ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam ke 22, 24, 26, 28 atau 30 Ramadhan. Ada juga sebahagian ulama berpendapat ia adalah tetap, iaitu pada malam ke 27. Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Majoriti Muslim biasanya berusaha agar tidak mensia-sia malam ini. Mereka akan tekun dan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam. Yang pasti, Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500 tahun, berbahagialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih kerana orang yang solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih termasuk dari kalangan orang mendapat Lailatul Qadar, dan Rasullah s.a.w. mengatakan sesiapa yang tidak mendapatnya dia adalah tergolong daripada orang yang amat rugi.
1. Sejarah ringkas Malam al-Qadar: Apabila sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. mengkagumi ibadah seorang umat Bani Israil yang beribadah selama 1,000 bulan, dengan beribadah pada malam hari dan berjihad pada siangnya, lalu Allah ‘Azza wa Jalla menurunkan surah al-Qadar yang menyatakan malam al-Qadar baik daripada 1,000 bulan. Ia adalah rahmat dan kurniaan Allah Ta’ala kepada Umat Nabi Muhammad s.a.w.
BILAKAH LAILATUL QADAR?
1. Lailatul Qadar satu malam dalam bulan Ramadhan yang tidak diketahui dengan tepat tarikhnya. Ia lebih diharapkan untuk mendapatkannya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan, terutama malam-malam yang ganjil daripada 10 hari terakhir Ramadhan tersebut. Waktunya dikira apabila masuk waktu Maghrib sehingga terbit fajar. Seluruh ulama sepakat bahawa al-Quran diturunkan pada malam al-Qadar, sebahagian ulama berpendapat malam al-Quran diturunkan itu berlaku pada 17 Ramadhan, Syaikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfury dalam kitab Sirah Nabawiyyah mengatakan al-Quran diturunkan pada malam ke 21 Ramadhan.
2. Satu kaedah mengetahuinya, kata Imam Ghazali, kebiasaannya, jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad dan Rabu maka Lailatul Qadar malam ke 29, jika hari Isnin maka Lailatul Qadar malam ke 21, dan jika hari Jumaat dan Selasa, maka Lailatul Qadar malam ke 27, jika hari Khamis maka Lailatul Qadar malam ke 25, jika hari Sabtu maka Lailatul Qadar malam ke 23. Tetapi kaedah ini bukanlah sesuatu yang muktamad, mungkin ia bertepatan dengannya dan mungkin juga tidak, mungkin juga ia berlaku pada malam yang genap, kerana bagi negara kita ia malam yang genap tetapi bagi negara yang puasa lewat atau awal satu hari, ia adalah malam yang ganjil, jadi carilah dengan tekun pada 10 malam yang terakhir tesebut.

SIAPAKAH YANG MENDAPAT LAILATUL QADAR?
1. Orang yang pasti mendapat sebahagian Lailatul Qadar ialah orang yang solat Fardhu Maghrib dan Isyak secara berjamaah sepanjang bulan Ramadhan, dan dia tidur dengan azam yang kuat untuk solat Subuh berjemaah. Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesiapa yang sholat ‘Isya` berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiyamulail separuh malam; Dan sesiapa yang sholat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepanjang malam.” (Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmizi, Ibnu Majah dan Nasai)

2. Solat tarawih adalah termasuk solat malam kerana ia dilakukan selepas solat Isyak, orang yang solat tarawih dikira solat sunat pada malam Lailatul Qadar, oleh itu tambahkanlah lagi bilangan rakaatnya pada 10 malam terakhir Ramadhan.

APAKAH DOA DAN AMALAN LAILATUL QADAR?
1. Bagi orang yang mendapat Lailatu Qadar ucapkanlah:
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، وَاعْفُ عَنّى وَعَنْ وَالِدَىَّ
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), Suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku dan kedua ibu bapaku.”
2. Banyakkan solat, membaca al-Quran, doa dan zikir. Berdoalah juga dengan lain-lain doa dalam bahasa kita untuk lain-lain kebaikan dunia dan akhirat, janganlah berdoa sesuatu yang buruk.
3. Bacalah walaupun 1 ayat al-Quran sebelum tidur, kerana jika berbetulan dengan malam Qadar pahalanya lebih baik daripada sekali khatam al-Quran pada malam-malam lain. (sebaik-baiknya bacalah 10 kali Surah Al-Ikhlas, iaitu Qul Huwallahu Ahad)
4. Bagi perempuan yang haidh atau nifas, ucapkan zikir-zikir di bawah:
سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلا إِلَهَ إلا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ

CUACA PADA MALAM LAILATUL QADAR
1. Cuaca malam Qadar sangat tenang dan tenteram, malaikat turun berduyun-duyun sehingga melebih jumlah batu-batu kerikil di muka bumi ini, mereka memberi salam dan aminkan doa mereka yang sedang beribadah, samada solat, berdoa atau berzikir (perempuan yang sedang uzur, haidh atau nifas, juga boleh berdoa dan berzikir walaupun tidak boleh solat).
2. Diriwayatkan dalam satu hadis Imam al-Bukhari, pernah berlaku malam Qadar pada malam yang hujan. Oleh itu jangan abaikan malam yang hujan kerana menyangka ia bukan malam Qadar. Hujan adalah rahmat dari Allah Ta’ala.

CERITA GANJIL YANG BERLAKU PADA MALAM LAILATUL QADAR
 Terdapat berbagai cerita mengenai tanda-tanda malam Lailatul Qadar iaitu dapat disaksikan kejadian yang ganjil-ganjil seperti air membeku, air berhenti mengalir, pohon kayu tunduk rukuk dan sujud ke bumi dan sebagainya. Sebenarnya, semuanya ini adalah cerita yang tidak dapat ditashihkan kebenarannya, ia tidak disebut dalam al-Quran dan Al-Hadis, jadi ia bukan menjadi pertanda ia malam Lailatul Qadar menurut ilmu agama, ia adalah pengalaman rohani orang-orang tertentu yang sahaja. Lailatul Qadar tetap berlaku tanpa tanda-tanda tersebut dan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang ini tetap diperolehi oleh orang-orang yang beramal dengan amalan-amalan kebajikan pada malam tersebut.

Friday, July 26, 2013

NUZUL QURAN 1434H



Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

SUMBER-WIKIPEDIA

SALAM AIDILFITRI

KAMI WARGA PKG SERKAM INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

 DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS.

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan datang lagi...


Alhamdullillah... Marhaban ya Ramadhan.... Selamat manjalani ibadah puasa ikhlas dari kami warga PKG Serkam, Merlimau Melaka. Semoga kita semua mendapat maghfirah dari Ilahi di Ramadhan ini. Amin...

Wednesday, June 26, 2013

Taklimat SPS di SK Serkam Darat











26 Jun 2013, Rabu - Taklimat SPS telah diadakan di Sk Serkam Darat bermula jam 2.oo petang dan berakhir jam 4.30 petang.Taklimat tersebut telah dihadiri oleh semua guru SK Serkam Darat juga En Rosidi Bin Umar dari PKG Serkam. Taklimat diadakan bagi memberi kefahaman dan pengenalan asas kepada sistem yang bakal digunakan kelak.

Taklimat telah berjaya memberikan kesan apabila lebih daripada 75% guru telah berjaya menyelesaikan maklumat asas yang diadakan petang itu. Manakala baki 25% lagi kurang maklumat untuk dimasukkan ke dalam sistem tersebut. Diharapkan Sistem Pengurusan Sekolah ini akan memberikan kelebihan positif dan mempermudahkan tatacara kerja seseorang guru yang sudah tentu mencabar.

Monday, June 24, 2013

Pengumuman Penutupan Sekolah


24 Jun 2013-Isnin   Berikutan keadaan jerebu yang semakin serius, kerajaan Negeri Melaka berdasarkan hasil dapatan Jabatan Alam sekitar Negeri Melaka, melalui Ketua Menteri Melaka YAB Dato' Wira Ir.Hj Idris Bin Hj Haron telah mengumumkan penutupan 313 buah sekolah di seluruh Negeri Melaka bermula hari ini. Sekolah akan dibuka semula setelah keadaan kembali pulih. Oleh itu semua Juruteknik Komputer PKG diarahkan berada di PKG sepanjang arahan penutupan sekolah berlansung.
YAB Datuk Wira Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron
YAB Datuk Wira Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron
YAB Datuk Wira Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron
YAB Datuk Wira Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron

Saturday, June 22, 2013

Majlis Ikhtifal Sekolah-sekolah Menengah KPM peringkat Negeri Melaka.

Pada 22 Jun 2013 bersamaan hari Sabtu yang lepas, SMA As-Saiyidah Khadijah Merlimau telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Ikhtifal Sekolah-sekolah  Menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia peringkat Negeri Melaka bagi tahun 2013. Sehubungan itu, pihak BTP Negeri Melaka bersama dengan PKG Serkam dan PKG Sebatu telah bersama -sama menjayakan majlis tersebut dengan memberikan khidmat kepakaran dan peralatan.Semuanya berjalan dengan lancar.

 Antara acara yang dipertandingkan ialah Qiraah Sab'ah, Hiwar menengah atas dan bawah, Kuiz Ilmu Wahyu, Kuiz Bahasa Arab, Kalimah Sobah dan Hafazan. Walaupun keadaan cuaca berjerebu, alhamdullilah semua nya berjalan lancar dan berakhir dengan keadaan yang baik. Johan pertandingan bagi setiap acara akan mewakili Negeri Melaka ke pringkat kebangsaan dalam Pertandingan Ikhtifal. Tahniah dari pihak PKG dan BTPN kepada semua yang berjaya. 

Friday, June 21, 2013

Pengumuman !!


Makluman kepada semua sekolah ahli PKG Serkam, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan "road show" dalam program Transformasi Pendidikan Negara dengan memperkenalkan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Sistem ini akan dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara secara berperingkat-peringkat dan Negeri Sembilan merupakan negeri rintis untuk pelaksanaan modul ini . Bagi sistem baru ini, 6 modul akan diberikan penekanan. Jadi diharapakan semua guru yang terlibat dapat memberikan kerjasama semasa SPS ini dijalankan kelak.

Harap maklum ,Terima kasih.

Thursday, May 23, 2013

Bengkel VLE



Pada 20 hingga 23 Mei 2013 PKG Serkam dan PKG Sebatu telah menjalankan bengkel penggunaan VLE (Virtual Learning Environment) kepada 20 orang guru-guru dari kawasan Serkam. Bengkel tersebut telah dijalankan di PKG Sebatu. Bengkel kali ini telah mendapat sentuhan khidmat fasilitator En Zulkifli Mansor iaitu Ketua PKG Sebatu. Taklimat tersebut adalah untuk memberikan pendedahan tentang penggunaan VLE di sekolah mahupun dalam pengajaran dan pembelajaran. Pihak PKG berharap agar bengkel yang telah diadakan itu akan menambahkan kemahiran dan membuka dimensi baru dalam bidang pendidikan di negeri ini yang selari dengan konsep pendidikan maya dan global. 

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di sekolah ahli PKG Serkam dan seluruh Malaysia amnya.
Semoga terus memberikan motivasi kepada semua dalam menjana pembangunan negara.

Selamat Hari Guru, Terima Kasih Cikgu!!

Thursday, March 14, 2013

TAKLIMAT i-NILAM


Pada 14 Mac 2013 - Khamis  PKG Serkam telah mengadakan Taklimat i-Nilam kepada semua PT Rintis yang terdapat di sekolah ahli seramai 13 orang .En Kamarul Anuar dari PKG Selandar merupakan fasilitator yang dijemput khas bagi menjayakan program ini.Taklimat tersebut telah di adakan di Makmal Komputer SK Serkam Darat yang bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 4.30 petang.

Selepas taklimat tersebut, hasil dapatan yang diterima dari PT Rintis ini adalah mereka telah dapat mengisi i-Nilam seperti yang dikehendaki. Alhamdullillah semua nya telah berjalan lancar dengan sokongan dari semua pihak.