MAKLUMAN SEMASA


Selamat Datang ke blog rasmi PKG Serkam. Sebarang cadangan/ saranan/ masalah bolehlah rujuk terus kepada kami.Kami cuba untuk mencari penyelesaian bersama.

PERHATIAN kepada semua sekolah ahli PKG Serkam, Pautan Web VLE Frog bagi mengakses aplikasi FROG telah disediakan di Bahagian Pautan WEB VLE Frog. Harap Maklum.

Kepada semua pengguna Facebook, kini anda boleh berinteraksi terus bersama sekolah melalui FB PKG Serkam. Cari `PKG Serkam`. Bersama membudayakan ICT dalam kehidupan.

Kepada sekolah yang memerlukan maklumat lanjut mengenai SPS dan masalah yang berkaitan, boleh rujuk di bahgaian muat turun blog PKG SERKAM. Harap maklum.

Perhatian kepada semua sekolah ahli PKG Serkam yang berminat untuk mewar-warkan atau mempromosikan sekolah ataupun kejayaan sekolah untuk dikongsikan bersama, bolehlah menghubungi PKG Serkam atau terus mengemailkan bahan atau hebahan anda di pkg.serkam@gmail.com

Program FT Rintis telah ditamatkan kontrak bermula bulan September 2016. Mohon semua sekolah bersiap sedia dengan ketiadaan Juruteknik Komputer di sekolah.Harap Maklum!

Makluman Semua. Sekiranya ada dikalangan sekolah ahli PKG Serkam yang ingin membuat peringatan, pemberitahuan atau ingin menyampaikan maklumat untuk makluman semua sila berhubung PKG Serkam. -Sekian.

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU DI SEKOLAH AHLI PKG SERKAM, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

JIKA ANDA MENGHADAPI MASALAH BERKAITAN EMAIL / ICT SILA & MEMERLUKAN KHIDMAT BANTU DARI KAMI DI PKG SERKAM, SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN PKG SERKAM. SEGAN BERTANYA, TIADA MANFAATNYA.

Tuesday, August 23, 2016

PROJEK KAMPUS ASTRO BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH (PENYELENGARAAN SET KAMPUS ASTRO)


     Pertama sekali, pihak Yayasan Astro Kasih ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)  terutamanya Bahagian BTP dan BTPN di atas kerjasama dan sokongan yang sepenuhnya terhadap Projek Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah (KABKS) yang telah dijalankan sejak tahun 2009.


   Untuk makluman pihak Yang Berusaha Tuan / Puan, projek KABKS merupakan usahasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Yayasan Astro Kasih (Yayasan) yang bertujuan untuk menyokong pembelajaran secara holistik kepada murid-murid sekolah kerajaan di seluruh Malaysia di samping menyediakan bahan sokongan tambahan kepada guru-guru.

       Sepertimana pihak Tuan / Puan sedia maklum, sebarang permasalahan teknikal bagi set dekoder akan diurus sepenuhnya oleh pihak Yayasan. Walaubagaimanapun, pihak sekolah perlu membuat laporan masalah teknikal dekoder kepada pihak Yayasan melalui one stop centre school support di talian 1-300-82-0001Secara alternatifnya, pihak sekolah juga boleh menyediakan surat rasmi untuk dihantar ke Yayasan Astro Kasih melalui yang berikut:

*  Faks          : 03-9543 6868
 Emel         : wecare@astro.com.my
*  Pos           : All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur

Maklumat yang berikut adalah muktamad dibekalkan dalam surat tersebut:

*  Nama sekolah dan alamat sekolah
*  Nama penuh guru media dan nombor telefon bimbit guru media
*  Nombor akaun Astro
*  Nombor kad pintar
*  Nombor dekoder Astro

Sekiranya Tuan / Puan mempunyai sebarang pertanyaan mahupun memerlukan keterangan lanjut, sila hubungi saya di talian 03-9543 6688 sambungan 3190.

Sokongan dan kerjasama daripada pihak Tuan dalam menjayakan Projek Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment