MAKLUMAN SEMASA


Selamat Datang ke blog rasmi PKG Serkam. Sebarang cadangan/ saranan/ masalah bolehlah rujuk terus kepada kami.Kami cuba untuk mencari penyelesaian bersama.

PERHATIAN kepada semua sekolah ahli PKG Serkam, Pautan Web VLE Frog bagi mengakses aplikasi FROG telah disediakan di Bahagian Pautan WEB VLE Frog. Harap Maklum.

Kepada semua pengguna Facebook, kini anda boleh berinteraksi terus bersama sekolah melalui FB PKG Serkam. Cari `PKG Serkam`. Bersama membudayakan ICT dalam kehidupan.

Kepada sekolah yang memerlukan maklumat lanjut mengenai SPS dan masalah yang berkaitan, boleh rujuk di bahgaian muat turun blog PKG SERKAM. Harap maklum.

Perhatian kepada semua sekolah ahli PKG Serkam yang berminat untuk mewar-warkan atau mempromosikan sekolah ataupun kejayaan sekolah untuk dikongsikan bersama, bolehlah menghubungi PKG Serkam atau terus mengemailkan bahan atau hebahan anda di pkg.serkam@gmail.com

Program FT Rintis telah ditamatkan kontrak bermula bulan September 2016. Mohon semua sekolah bersiap sedia dengan ketiadaan Juruteknik Komputer di sekolah.Harap Maklum!

Makluman Semua. Sekiranya ada dikalangan sekolah ahli PKG Serkam yang ingin membuat peringatan, pemberitahuan atau ingin menyampaikan maklumat untuk makluman semua sila berhubung PKG Serkam. -Sekian.

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU DI SEKOLAH AHLI PKG SERKAM, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

JIKA ANDA MENGHADAPI MASALAH BERKAITAN EMAIL / ICT SILA & MEMERLUKAN KHIDMAT BANTU DARI KAMI DI PKG SERKAM, SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN PKG SERKAM. SEGAN BERTANYA, TIADA MANFAATNYA.

Wednesday, April 20, 2016

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DI BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI MELAKA DAN PUSAT KEGIATAN GURU NEGERI MELAKA TAHUN 2016

Iklan kekosongan Jawatan Pegawai Teknologi Pendidikan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka dan Pusat Kegiatan Guru Negeri Melaka Tahun 2016

Sebarang pertanyaan sila hubungi  Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka di talian 06 - 2324478 .  Sekian dimaklumkan. Terima kasih.


Muat turun borang di sini 

Thursday, April 14, 2016

BORANG PENDAFTARAN KEAHLIAN PORTAL e-GURU

Pendaftaran keahlian kini telah dibuka semula dan diselenggara secara manual oleh admin web portal e-Guru.( Tiada had masa dan tarikh tutup permohonan).

Sebarang pertanyaan sila hubungi Tn. Hj. Badrul Hisham Bin Mohamad@Md.Keling di talian 06 - 2324478 , Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka. 

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Muat turun borang di sini

BENGKEL HANDHOLDING VLE

PKG Serkam telah turun ke Sekolah ahli  yang terpilih untuk memberi handholding VLE kepada Murid Serta guru-guru untuk meningkatkan pengunaan VLE dalam PdP. Pihak PKG mengucapkan Terima Kasih kepada warga SK Tedong kerana telah memberi kerjasama.


Monday, April 11, 2016

BENGKEL PELAKSANAAN NILAM SEKOLAH NEGERI MELAKA TAHUN 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka akan mengadakan Bengkel Pelaksanaan Program NILAM kepada Guru NILAM yang baru dilantik tahun 2016.

Sehubungan itu Guru NILAM yang baru dilantik sekolah tuan/puan dikehendaki hadir pada ketetapan berikut :

Tarikh   : 13 April 2016 (Rabu)

Masa      : 2.00 petang hingga 5.00 petang

Tempat  : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka

Sebarang pertanyaan sila hubungi Tn. Hj. Abu Bin Selihan di talian 06 - 2324478 atau telefon bimbit 019 - 6653221, Unit Pengurusan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka.


Muat turun surat di sini

BORANG PEGISIAN DATA NILAM

Makluman kepada semua sekolah ahli PKG Serkam. Data NILAM hendaklah dihantar ke PKG Serkam pada tarikh-tarikh berikut:

15 April 2016
15 Julai 2016
15 Oktober 2016

KEPUTUSAN PERTANDINGAN PUSAT SUMBER CEMERLANG PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2016



Tahniah kepada semua pemenang dan kepada sekolah - sekolah yang terlibat dalam pertandingan Pusat Sumber Cemerlang Tahun 2016.Semoga menjadi inspirasi kepada sekolah - sekolah yang lain.

Thursday, March 24, 2016

TAKLIMAT PEMUAFAKATAN SEKOLAH-SEKOLAH AHLI PKG SERKAM BIL. 1/2016



Tarikh : 24 Mac 2016 (Khamis)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Serkam
Penglibatan :
1. En. Nor Hashim Bin Hj. Hassan - Ketua Penolong Pengarah, BTPN Melaka.
2. En. Muhammad Firdhaus Bin Abu Bakar - Ketua PKG Serkam
13 orang Guru Besar/Pengetua sekolah-sekolah ahli PKG Serkam

MESYUARAT JAWATANKUASA GURU PENYELARAS ICT BIL. 1/2016 DAN MESYUARAT JAWATANKUASA GURU PENYELARAS PERPUSTAKAAN BIL. 1/2016



Tarikh : 23 Mac 2016 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Serkam
Penglibatan :
1. En. Nor Hashim Bin Hj. Hassan - Ketua Penolong Pengarah, BTPN Melaka.
2. En. Yusri Bin Suib - Penolong Pengarah
3. En. Muhammad Firdhaus Bin Abu Bakar
13 orang GPB/GPICT sekolah-sekolah ahli PKG Serkam dan 13 orang GPM sekolah-sekolah ahli PKG Serkam

Wednesday, January 6, 2016

UCAPAN PERUTUSAN TAHUN BARU 2016 OLEH YBHG. PENGARAH PENDIDIKAN MELAKA


Sebagai satu usaha memahami inspirasi, aspirasi, visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) khususnya Jabatan Pendidikan Melaka bagi mencapai hasrat pendidikan seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013 - 2025, pihak sekolah  dipohon untuk menayangkan rakaman perutusan dalam mesyuarat pengurusan sekolah pada awal Januari 2016.

Rakaman tersebut boleh diakses dan dimuat turun melalui portal rasmi Jabatan Pendidikan Melaka (http://jpnmelaka.moe.gov.my/v3/index.php/ms), portal rasmi Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka (http://btpnmel.moe.edu.my/web) dan juga di blog PKG Batu Berendam mulai 04 Januari 2016.

Laporan pelaksanaan sesi tayangan hendaklah dihantar kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka pada atau sebelum 31 Januari 2015. Bersama ini disertakan format laporan tersebut untuk tindakan pihak tuan.