MAKLUMAN SEMASA


Selamat Datang ke blog rasmi PKG Serkam. Sebarang cadangan/ saranan/ masalah bolehlah rujuk terus kepada kami.Kami cuba untuk mencari penyelesaian bersama.

PERHATIAN kepada semua sekolah ahli PKG Serkam, Pautan Web VLE Frog bagi mengakses aplikasi FROG telah disediakan di Bahagian Pautan WEB VLE Frog. Harap Maklum.

Kepada semua pengguna Facebook, kini anda boleh berinteraksi terus bersama sekolah melalui FB PKG Serkam. Cari `PKG Serkam`. Bersama membudayakan ICT dalam kehidupan.

Kepada sekolah yang memerlukan maklumat lanjut mengenai SPS dan masalah yang berkaitan, boleh rujuk di bahgaian muat turun blog PKG SERKAM. Harap maklum.

Perhatian kepada semua sekolah ahli PKG Serkam yang berminat untuk mewar-warkan atau mempromosikan sekolah ataupun kejayaan sekolah untuk dikongsikan bersama, bolehlah menghubungi PKG Serkam atau terus mengemailkan bahan atau hebahan anda di pkg.serkam@gmail.com

Program FT Rintis telah ditamatkan kontrak bermula bulan September 2016. Mohon semua sekolah bersiap sedia dengan ketiadaan Juruteknik Komputer di sekolah.Harap Maklum!

Makluman Semua. Sekiranya ada dikalangan sekolah ahli PKG Serkam yang ingin membuat peringatan, pemberitahuan atau ingin menyampaikan maklumat untuk makluman semua sila berhubung PKG Serkam. -Sekian.

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU DI SEKOLAH AHLI PKG SERKAM, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

JIKA ANDA MENGHADAPI MASALAH BERKAITAN EMAIL / ICT SILA & MEMERLUKAN KHIDMAT BANTU DARI KAMI DI PKG SERKAM, SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN PKG SERKAM. SEGAN BERTANYA, TIADA MANFAATNYA.

Friday, October 21, 2016

SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI

       Kami Warga PKG Serkam ingin Mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali buat semua warga Pendidikan khususnya yang berbangsa India. Selamat Menyambut Hari Deepavali dengan penuh kemeriahan.

Thursday, October 20, 2016

Monday, October 10, 2016

Saturday, October 1, 2016

SALAM MAAL HIJRAH 2016M / 1438H


      Tema Maal Hijrah 2016M/ 1438H bertemakan 'Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah'. Tema itu bertepatan dengan usaha kerajaan menyatupadukan rakyat, hidup rukun dan harmoni serta penuh muhibah yang menjadi transformasi kepada kemakmuran negara. Natijahnya ukhuwah Islamiah yang terbina berasaskan iman dan taqwa akan menumbuhkan rasa persaudaraan, kasih sayang dan saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira status bangsa, agama dan fahaman politik.

Friday, September 30, 2016

Friday, September 23, 2016

Wednesday, September 21, 2016

Wednesday, September 14, 2016

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA

     
       Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Sunday, September 11, 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

       Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Friday, September 9, 2016