MAKLUMAN SEMASA


Selamat Datang ke blog rasmi PKG Serkam. Sebarang cadangan/ saranan/ masalah bolehlah rujuk terus kepada kami.Kami cuba untuk mencari penyelesaian bersama.

PERHATIAN kepada semua sekolah ahli PKG Serkam, Pautan Web VLE Frog bagi mengakses aplikasi FROG telah disediakan di Bahagian Pautan WEB VLE Frog. Harap Maklum.

Kepada semua pengguna Facebook, kini anda boleh berinteraksi terus bersama sekolah melalui FB PKG Serkam. Cari `PKG Serkam`. Bersama membudayakan ICT dalam kehidupan.

Kepada sekolah yang memerlukan maklumat lanjut mengenai SPS dan masalah yang berkaitan, boleh rujuk di bahgaian muat turun blog PKG SERKAM. Harap maklum.

Perhatian kepada semua sekolah ahli PKG Serkam yang berminat untuk mewar-warkan atau mempromosikan sekolah ataupun kejayaan sekolah untuk dikongsikan bersama, bolehlah menghubungi PKG Serkam atau terus mengemailkan bahan atau hebahan anda di pkg.serkam@gmail.com

Program FT Rintis telah ditamatkan kontrak bermula bulan September 2016. Mohon semua sekolah bersiap sedia dengan ketiadaan Juruteknik Komputer di sekolah.Harap Maklum!

Makluman Semua. Sekiranya ada dikalangan sekolah ahli PKG Serkam yang ingin membuat peringatan, pemberitahuan atau ingin menyampaikan maklumat untuk makluman semua sila berhubung PKG Serkam. -Sekian.

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU DI SEKOLAH AHLI PKG SERKAM, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

JIKA ANDA MENGHADAPI MASALAH BERKAITAN EMAIL / ICT SILA & MEMERLUKAN KHIDMAT BANTU DARI KAMI DI PKG SERKAM, SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN PKG SERKAM. SEGAN BERTANYA, TIADA MANFAATNYA.

Friday, May 27, 2016

Friday, May 20, 2016

Monday, May 16, 2016

SELAMAT HARI GURU TAHUN 2016


"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Pusat Kegiatan Guru Serkam Mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. Jasa dan pengorbanan kalian amat besar nilainya. Semoga diberikan kesihatan yang baik, kehidupan yang penuh keberkatan, sifat sabar yang menebal dan tabah serta diberi kesempatan masa dan ruang untuk terus menyumbang bakti mendidik anak bangsa yang berguna kepada keluarga,masyarakat dan negara.

 Perutusan Hari Guru Tahun 2016 ---> download di sini

Friday, May 13, 2016

KPI DASHBOARD VLE MINGGU 19

KPI DASHBOARD VLE SEKOLAH AHLI PKG SERKAM MINGGU 19


BENGKEL PENGURUSAN DATA NILAM DAN PENGGUNAAN GOOGLE APPS

Tarikh : 11 Mei 2016 (Rabu) 
Masa : 2.00 petang 
Tempat : Bilik Kuliah PKG (16) Sebatu
Penglibatan : 1. En. Muhammad Firdhaus Bin Abu Bakar - Ketua PKG Serkam 
                   2. En. Mohd Faris Izra Bin Ismail - Ketua PKG Sebatu
                   3. 29 orang Guru Penyelaras NILAM Sekolah Ahli PKG Serkam dan PKG Sebatu



Tuesday, May 10, 2016

Wednesday, May 4, 2016

PEMANTAUAN PEMBESTARIAN ICT/PSS

Pemantau Pembestarian ICT/PSS akan bermula mulai 3 Mei 2016.Mohon semua sekolah ahli PKG Serkam bersedia.Terima Kasih